Saturday, July 17, 2010

Kisah rahsia di sebalik sembahyang 5 waktu...

Ali bin Abi Talib r.a. berkata: “ Sewaktu Rasulullah S.A.W. duduk brsama para sahabat muhajirin dan ansar maka dgn tiba2 dtg lah satu rombongan org2 Yahudi lalau berkata : ‘Ya Muhammad kami hendak Tanya kpd kamu kalimat-kalimat yg tlh diberikan oleh Allah kpd Nabi Musa A.S. yg tdk diberikan kecuali kepada para utusan Allah atau malaikat muqarrab.’
Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda : ‘ Silakan bertanya . ‘ Berkata org yahudi : ‘Sila terangkn kpd kami tentang sembahyang 5 waktu yg diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’
Sabda Rasulullah S.A.W.: Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari maka bertasbihlah segala sesuatu kpd Tuhannya, sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yg brsmbahyang Maghrib dgn ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan memakbulkan permintaannya. Sembahyang Isya’ itu ialah sembahyang yg telah dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, sembahyang subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.’
Setelah orag Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullah S.A.W. maka mereka berkata: ‘Memang benar apa yg kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kpd km apakah pahala yg akan didapati oleh org yg sembahyang?’
Rasulullah S.A.W. bersabda : ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutamanya sembahyang yg pertengahan, sembahyang zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahannam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pd ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahannam pada hari Kiamat.’
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi : ‘ Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah khuldi. Orang mukmin yg mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.’
Setelah itu Rasulullah S.A.W. bersabda ayat yg bermaksud: ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutamanya sembahyang yg pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.’
Sabda Rasulullah S.A.W.: ‘Sembahyang Isya’ ( atamah ). Katakan lah kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yg berjalan dlm malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang isya’ berjemaah maka Allah S.W.T haramkan dari terkena nyalanya api neraka, dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.’
Sabda Rasulullah S.A.W. seterusnya: ‘ Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah diberi oleh Allah S.W.T dua kebebasan iaitu:-
1) Dibebaskan dari api neraka
2) Dibebaskan dari nifaq’
Setelah org Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullah S.A.W. maka mereka berkata:’ Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad ( S.A.W.) Kini katakan pula kpd kami semua kenapakah Allah S.W.T mewajibkan puasa 30 hai ke atas umatmu?’
Sabda Rasulullah S.A.W. : ‘Ketika Nabi Adam A.S. memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T kepada makhlukNya.’
Kata orang Yahudi: ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yg kamu katakan itu. Kini terangkan pula kpd kami ganjaran pahala yg diperolehi dari puasa itu.’
Sabda Rasulullah S.A.W. : ‘Seseorang hamba yg berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kpd Allah S.W.T dia akan diberi oleh Allah S.W.T 7 perkara:-
1) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya( daging yg tumbuh dgn makanan yg haram)
2) Rahmat Allah sntiasa dekat dgnnya
3) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal
4) Dijauhkan dari merasa haus dan lapar
5) Diringankan baginya siksa kubur ( siksa yg sangat mengerikan)
6) Diberi cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberangi titian sirath
7) Allah S.W.T akan memberinya kemuliaan di syurga.’
Kata orang yahudi :’ Benarlah apa yg kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kpd kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi
Sabda Rasulullah S.A.W. : ‘ Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpan doa saya ( untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).’
Kata orang yahudi: ‘ Benarlah apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dgn ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah ( kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).’

petikan dr buku himpunan kisah-kisah teladan
Salman Al-Farisi

No comments:

Post a Comment