Wednesday, October 12, 2011

~.:Mujahidah Bidadari Syurga:.~


Bicara Hati Mujahidah Itu..
 
Rahsia cintanya

Hanya Tuhan yang tahu

Kepada-Nya berdoa selalu

Hingga dikatakan jual mahal

Melukainya meresahkan kesal

Sedangkan api cinta marak bahangnya

Pada Allah tersimpan rahsianya

Di luaran dia tenang

Di hati iman ditentang

Antara dua cinta yang saling berebut

Cinta Allah selalu mengunggul

Hari demi hari masa berlalu

Kepada nafsu dipesan selalu

 
Dikatakan orang diam saja

Sedangkan dia masih remaja

Kata orang mengapa tak punya rasa

Sedangkan dia tetap ceria

Kata orang mengapa dia bahagia

Sedangkan dia tak punya cinta

Kata orang mengapa mantap hatinya

Tapi tiada rijal penguatnya

 
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya

Sumayyah itulah obornya

Khawlah itulah kecemburuannya

‘Atikah itulah kekagumannya

Nusaybah itulah pahlawannya

Fatimah itulah teladannya

Aishah itulah buktinya

Khadijah itulah kebanggaannya

 
Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!

Itu mimpinya di malam hari

Itu angannya di siang hari

Itu bicaranya sehari-hari

Menjadi isteri sentiasa berbakti

Kepada suami bakal berbudi

Pilihan Allah akan terbukti

Ia janji yang sudah pasti!

 
Ya, Gadis itu!

Tidak takut kehilangan cinta

Biar pelbagai ujian melanda

Lelaki itu perlukan masa

Buat keputusan terbaik

Pilihan terbaik

Calon ibu buat zuriatnya!

Penyeri dunia itulah temannya!

Di Syurga itulah bidadarinya!

Membuat lelaki segan dengannya

Menyedar mereka memainkan peranan

Bahawa wanita bukan mainan

Tetapi mutiara itulah nilaian

Ya, mujahidah itu..

menghitung diri

memuhasabah langkahnya

katanya dia, masih banyak kurangnya!

 
Mujahidah itu..

Hanya menggeleng..

Tatkala datangnya lelaki menggoda

Hanya bisu berdiam saja

Sentiasa mantap bicara imannya

Tunduk saja itu pandangannya..

Rijal kekasih Allah itulah harapannya!

Pejuang agama itulah pembimbingnya!

Redha ibubapa itulah pilihannya!

 
Bukan dia tidak punya hati

Tetapi hatinya sudah kelat

Tatkala ummat Muhammad disiat

Hatinya calar-balar

Tatkala jasad saudaranya dikelar

Hati itu ditumbuk lumat

Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat

Dirogol, dibunuh tanpa ihsan

Mana hati itu tak terkesan

Tak punya masa berkasih-kasihan

Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman

Menjulang Islam bukannya berangan

 
Mujahidah itu..

Membara semangatnya mantap ukhuwahnya

Bersinar wajahnya terang hatinya..

Pada insan mantap bicaranya

Kepada Allah mengadu hinanya

Di sisi malaikat didoakan bahagia

Tidak dia rasa kekurangan

Sedangkan cukup adanya Tuhan

Tidak dia sepi sendirian

Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan

 
Bagaikan permata di celahan kaca

Kerdipnya sukar dibezakan

Dialah wanita harapan Tuhan

Kebanggaan umat zaman berzaman

 
Menjadi gadis sudah fitrahnya

Menjadi pilihan bukan pintanya

Sebagai penyeri itulah hakikatnya

Menjadi khalifah itulah tugasnya

 
Membuat silap bukan sekali

Namun mengalah tidak sekali

Menjadi seorang mukminat sejati

Itulah usahanya tiap hari

 
Mujahidahku..

Tetaplah dirimu teguh di medan


Menjadi bidadari sudah impian

Tetap menjejak penuh harapan

Cinta Allah dalam keredhaan

Moga beroleh Syurga idaman

Aamiin.

Friday, August 19, 2011

Dalam Mihrab Cinta

Pernah mengasihi atau tidak, pernah bercinta atau tidak, pernah mengenali atau tidak, bukanlah satu syarat untuk menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Bukan kah janji Allah itu pasti. Dia bisa menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara logiknya, memang susah menerima insan yang kita tidak pernah kasihi apalagi yang kita tidak pernah kenali untuk menjadi pasangan kita, tapi saya yakin, setiap apa yang berlaku talah diatur oleh Allah dengan sangat sempurna. Wallahua’lam…

Setiap menusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah. Allah telah memberi tips kepada kita dalam memilih pasangan. Lihatlah kepada 4 perkara ; agama, kecantikkan, keturunan dan harta. Utamakanlah yang beragama, nescaya akan aman hidupmu.

Dalam mencari pasangan,  tidak perlu mencari orang yang memenuhi kriteria yang kita inginkan tetapi hendaklah sama2 membangunkan peribadi yang diinginkan..perkahwinan itu sebahagian daripada agama kerana kerana perkahwinan itulah yang meramaikan khalifah atas muka bumi ini yang memperjuangkan agama Allah,perkahwinan juga meminimumkan maksiat, perkahwinan juga membawa kepada pelbagai kemahiran seperti kemahiran memimpin,kemahiran mendidik..perkahwinan itu jualah yang mematahkan misi syaitan..sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata..

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud “Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikkan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allahlah yang lebih mengetahui.

Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Ianya dapat diatasi dengan perkahwinan. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.

Apabila seseorang itu berkahwin, dia akan dapat mendidik jiwa, membersihkan hati dan memperkuatkan peribadinya. Rasulullah saw pernah bersabda:
"Jika seseorang itu telah berkahwin maka dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, maka bertaqwalah kepada Allah pada separuh lagi."
Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah. Lelaki cuma berharap agar tulang rusuk yang bakal kembali itu dapat membantu melindungi hati Lelaki daripada dimasuki perkara-perkara yang melalaikan,bahkan tulang rusuk itu jugalah yang bakal memberi kekuatan kepada Lelaki untuk tetap memperjuangkan keimanan dan ketaatan kepada Yang Esa.
wanita juga berharap..pendampingnya merupakan orang yang boleh membimbing dirinya...jika kau mendapat tulang rusuk yang bengkok...jangan kau terus biarkan ia membengkok...peliharalah ia supaya ia tak terus patah....semoga dua hati yang bersatu adalah kerana ALLAH...dan atas jalan untuk mencari redhaNYA...insyaALLAH...

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia & akhirat. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan teruslah berdoa.
"Untuk menjadi nakhoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersebut.  Seterusnya, nakhoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua.  Yang pasti setiap bahtera berlainan nakhoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yang bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yg telah dilengkapi sebelum ini.."
Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.

Ukhtifillah
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci,
Yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu,
Dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu,
Kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci

Ukhtifillah
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati yang ikhlas,
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
Mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
Yang kau bangun dengan segala kekhusyukan tangis doamu.

Ukhtifillah
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu,
Melainkan pada jalan yang kau pilih.

Seperti kisah wanita solehah di masa lalu
yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahannya
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu,
menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.

Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
Dalam setiap denyut nadi kita..

- YA ALLAH, Kurniakanlah daku cintaMu dan cinta org2 yang mencintaiMu serta amalan2 yang membawa kepada mencintaiMu –


Makan dan Minum Bersama Syaitan !


Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis bahawa Muhammad ibn 'Ubayd telah menceritakan kepada kami, 'Abdullah ibn Umar telah menceritakan kepada kami daripada Nafi' daripada Ibn 'Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu makan dan minum menggunakan tangan kiri kerana syaitan makan dan minum menggunakan tangan kiri." (HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad meriwayatkan melalui hadis Ismail ibn Abu Hakim daripada Urwah daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang makan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia makan bersama syaitan. Barangsiapa minum dengan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia juga minum bersama syaitan." (HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad berkata bahawa Muhammad ibn Jaafar telah menceritakan kepada kami, Shu'bah relah memberitahu kepada kami daripada Abu Ziyad al-Tahan yang mendengar Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa beliau telah mendengar daripada Nabi SAW bahawa, "Baginda telah melihat seorang lelaki yang minum sambil berdiri. Lalu baginda menegur lelaki itu dengan bersabda, "Awas!" "Kenapa?", tanya lelaki itu dengan nada terkejut. Nabi SAW menjawab, "Adakah engkau suka jika engkau minum dengan seekor kucing betina?" "Tidak," jawabnya. Sambung Nabi SAW lagi, "Sesungguhnya ketika kamu minum tadi, ada makhluk yang lebih buruk daripada kucing telah minum bersama kamu iaitu syaitan." (HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa 'Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami, Ma'mar telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhriy daripada seorang sahabat daripada Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika seseorang yang minum sambil berdiri, tahu apa yang ada di dalam perutnya nescaya dia akan muntah kembali." (HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad berkata bahawa Musa telah menceritakan kepada kami, Ibn Lahiah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Zubayr bahawa beliau telah bertanya kepada Jabir, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya sendiri, lalu dia menyebut nama Allah SWT ketika dia masuk dan ketika dia makan, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu tidak dapat tinggal dan makan disini." Apabila lelaki itu masuk ke rumahnya tanpa membaca nama Allah SWT, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu dapat tinggal dan makan di sini." Jabir berkata, Ya! Benar katamu itu." (HR. Imam Ahmad)

Di copy dari blog http://luqmannul.blogspot.com

Ada Hikmahnya


Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu.
Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran.
Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.
Tentu Tok sedih.."
Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya."
"Apa hikmahnya Tok?"
"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar.
Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.
Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."
Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya.
Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain.
Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.
Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu.
Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.
"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.
Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."
Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu.
Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.
Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.
Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.
"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.
Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran: Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah SWT.