Sunday, December 19, 2010

Lembaran Semalam

Hdp ini adalah satu perjalanan. Perjalanan menuju destinasi yg abadi. Dlm prjalanan pnjang ni kta x dpt lari dr segala macam onak yg brduri..liku2 hdp harus ditempuhi. Ada masa suka ada masa duka. Tp yg pasti x ada yg kekal melainkan Yang Maha Kekal iaitu Allah s.w.t. semua yg kta miliki hari ini x semestinya akan mnjd milik kita lagi besok. Itu adalah suatu hakikat yg harus kita akui. Segalanya hanya pinjaman sementara..tiada satu pun yg mnjadi milik kita yg hakiki. Sementara nikmat masih lagi diberi, maka bersyukurlah dan ingatlah pada Tuhan yang memberi segalanya. Mngkin bla kita dah terlalu leka dgn nikmat yg diberi kadangkala Allah ambil kmbali nikmat itu utk sedarkan kita juga sbg kifarah kpd dosa kita disamping nak tingkatkn lagi darjat kita di sisiNya sampai kita pulang kpdNya dlm keadaan tdk ada dosa. Ujian...ada pelbagai bentuk, ada org diuji dgn kesihatan dirinya, org lain mngkin diuji dgn kehilangan insan yg trsayang atau mngkin keadaan hdp yg daif lagi miskin. Suatu yg pasti, tiada siapa yg tau apa yg akan berlaku dlm hdp kita ni selain Allah. Tiap insan pastinya impikan hdp yg bhgia, pasangan yg baik, anak yg baik, keluarga bahagia, prniagaan menjadi, ada rumah besar, kereta besar dn macam2 lagi. itu memang lumrah yg x dpt dinafikn. Tapi, kita juga harus akui bhwa kta hnya mampu merancang dn berusaha..ttp yg menentukan natijahnya adlh Allah.tak semua yg berlaku dlm hdp kita ni indah.kadang ia pahit sepahit hempedu tp trpaksa ditelan. Itulah harga sebuah pengalaman. Kdg yg pahit ni mengajar kita ttg erti hidup. Mengajar kita utk berpaut di dahan yg kukuh, bergantung hnya pada yang selayaknya.
Ikhlas dan sabar, bunyi macam senang tp sukar utk aplikasikan sndiri. Sifat yg hnya dimiliki oleh insan2 yg redha dgn hdpnya..redha dgn apa yg diberi ttp bukan bererti tdk berusaha langsung utk merubah hdpnya. Ana yakin tiap dr kita psti prnh diuji, x kisahlah ujian yg mcm mana...Cuma yg mmbezakannya bentuk ujian itu sama ada ringan atau berat. Tp semuanya tergantung sama imanmu..spt kata2 sahabat fahri dlm ayat2 cinta. Mngkin bg kta ujian itu berat tp bg org lain ia x sesukar mana. Iyala mcm kata org tua2 berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. "hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu dkorbankn,byk jga yg trpksa dlepaskn..sesekali langkah trsadung,rebah mnyembah..sesekali mlangkah gagah trsenyum megah & semua itu memerlukan pngorbanan,mnntukan ksbrn & air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah di gusar pd anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu skadr utk mematngkn dan mengajar kita utk bngun mnjadi manusia sesempurna insan.."
Pengalaman insan2 di sekeliling ana sedikit sebanyak memberi kesedaran pd diri bahawa kita sbnrnya x kan pernah sunyi dr ujian krna itu tanda kasih sayang Tuhan pd hambanya. Dia mahu membawa kita kembali padanya setelah barangkali terlalu lama berjauhan membuatkan kita lupa pd hakikat penciptaan kita di muka bumi ini. ana bukanlah insan yg tepat utk memberi nasihat krn ana juga masih bertatih dlm menjalani hdp ini. Cuma yg mnjd azimat adalah kata2 nasihat serta pengalaman yg dikongsi oleh insan2 disekeliling. Org kata experience is a best teacher. I think its true coz we learn from our mistakes. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Disini ana nk paparkan sedikit perkongsian mengenai apa yg ana dpt kutip dr pengalaman insan2 yg dkt dg nana dlm menempuh hdp ini. mngkin ada antaranya x sependapat dgn anda ttp ia hanyalah pndapat peribadi ana. It just some of my opinion. Just look on the positive side
1- Terima insan di sekeliling kita seadanya mrka dn jgn cuba meminta lebih. Setiap manusia ada kelebihan dn kekurangan msg2. Kita x kan prnah menemuinya andai kesempurnaan yg dicari.
2- Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
3- Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
4- Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..
5- Cinta dan kasih sayang manusia hanya setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah..sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki
6- Seek First to Understand, Then To Be Understood..
7- Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
8- Kepercayaan itu perlu ttp berwaspadalah krn kadangkala insan yg kita percayai juga boleh menikam dr belakang dan percayalah ia akan lebih sakit krna dikhianati oleh org yg dipercayai
9- Tak salah nk jadi kaya atau nk cari harta tp biarlah kena pd cara dan jalannya serta dibelanjakan ke arah kebaikan,, yg paling penting ia digunakan utk kebaikan ummah serta jgn mnjd org yg lupa daratan dan keluarkanlah zakat serta bersedekah utk mndpt keberkatannya.
10- Dan yg paling penting, banyakkanlah bersabar krna hidup ini penuh dgn ranjau yg berduri. Hanya kesabaran dn ketabahan yg dpt mengharunginya. Ikhlas, tabah serta sabar...kunci kejayaan insan.