Friday, October 29, 2010

Sifat-sifat suami yang baik

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang
Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek,
"Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin
menggantungkannasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga,
hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;


Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan
Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka
hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat
memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka
hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."
Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan
hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup
aurat.
Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan
menyemmmpurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku
perceraian.


Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita
daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita
rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang
selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki
yang bakal menjadi suaminya.


Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa menajak isteri ke arah
kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.


Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit
juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini,
tidak akan membebankan isterinya mumbuat kerja rumah sekiranya isteri tiada
kemampuan.


Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka
buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan
menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak
mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa
menyangka buruk.


Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki
begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta
tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia
yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan
dicapai melalui usaha.


Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji
Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab
sepenuhnya kepada isteri dan anak.


Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan
agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau
penyakit berbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup

moga mnjadi pnduan buat insan2 yg msh tercari-cari psngn hdup...AWAS!! jgn smpai trsalah pilih... moga jodoh anda kekal hingga ke syurga bercinta hngga syurga =)

No comments:

Post a Comment