Sunday, December 19, 2010

Lembaran Semalam

Hdp ini adalah satu perjalanan. Perjalanan menuju destinasi yg abadi. Dlm prjalanan pnjang ni kta x dpt lari dr segala macam onak yg brduri..liku2 hdp harus ditempuhi. Ada masa suka ada masa duka. Tp yg pasti x ada yg kekal melainkan Yang Maha Kekal iaitu Allah s.w.t. semua yg kta miliki hari ini x semestinya akan mnjd milik kita lagi besok. Itu adalah suatu hakikat yg harus kita akui. Segalanya hanya pinjaman sementara..tiada satu pun yg mnjadi milik kita yg hakiki. Sementara nikmat masih lagi diberi, maka bersyukurlah dan ingatlah pada Tuhan yang memberi segalanya. Mngkin bla kita dah terlalu leka dgn nikmat yg diberi kadangkala Allah ambil kmbali nikmat itu utk sedarkan kita juga sbg kifarah kpd dosa kita disamping nak tingkatkn lagi darjat kita di sisiNya sampai kita pulang kpdNya dlm keadaan tdk ada dosa. Ujian...ada pelbagai bentuk, ada org diuji dgn kesihatan dirinya, org lain mngkin diuji dgn kehilangan insan yg trsayang atau mngkin keadaan hdp yg daif lagi miskin. Suatu yg pasti, tiada siapa yg tau apa yg akan berlaku dlm hdp kita ni selain Allah. Tiap insan pastinya impikan hdp yg bhgia, pasangan yg baik, anak yg baik, keluarga bahagia, prniagaan menjadi, ada rumah besar, kereta besar dn macam2 lagi. itu memang lumrah yg x dpt dinafikn. Tapi, kita juga harus akui bhwa kta hnya mampu merancang dn berusaha..ttp yg menentukan natijahnya adlh Allah.tak semua yg berlaku dlm hdp kita ni indah.kadang ia pahit sepahit hempedu tp trpaksa ditelan. Itulah harga sebuah pengalaman. Kdg yg pahit ni mengajar kita ttg erti hidup. Mengajar kita utk berpaut di dahan yg kukuh, bergantung hnya pada yang selayaknya.
Ikhlas dan sabar, bunyi macam senang tp sukar utk aplikasikan sndiri. Sifat yg hnya dimiliki oleh insan2 yg redha dgn hdpnya..redha dgn apa yg diberi ttp bukan bererti tdk berusaha langsung utk merubah hdpnya. Ana yakin tiap dr kita psti prnh diuji, x kisahlah ujian yg mcm mana...Cuma yg mmbezakannya bentuk ujian itu sama ada ringan atau berat. Tp semuanya tergantung sama imanmu..spt kata2 sahabat fahri dlm ayat2 cinta. Mngkin bg kta ujian itu berat tp bg org lain ia x sesukar mana. Iyala mcm kata org tua2 berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. "hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu dkorbankn,byk jga yg trpksa dlepaskn..sesekali langkah trsadung,rebah mnyembah..sesekali mlangkah gagah trsenyum megah & semua itu memerlukan pngorbanan,mnntukan ksbrn & air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah di gusar pd anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu skadr utk mematngkn dan mengajar kita utk bngun mnjadi manusia sesempurna insan.."
Pengalaman insan2 di sekeliling ana sedikit sebanyak memberi kesedaran pd diri bahawa kita sbnrnya x kan pernah sunyi dr ujian krna itu tanda kasih sayang Tuhan pd hambanya. Dia mahu membawa kita kembali padanya setelah barangkali terlalu lama berjauhan membuatkan kita lupa pd hakikat penciptaan kita di muka bumi ini. ana bukanlah insan yg tepat utk memberi nasihat krn ana juga masih bertatih dlm menjalani hdp ini. Cuma yg mnjd azimat adalah kata2 nasihat serta pengalaman yg dikongsi oleh insan2 disekeliling. Org kata experience is a best teacher. I think its true coz we learn from our mistakes. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Disini ana nk paparkan sedikit perkongsian mengenai apa yg ana dpt kutip dr pengalaman insan2 yg dkt dg nana dlm menempuh hdp ini. mngkin ada antaranya x sependapat dgn anda ttp ia hanyalah pndapat peribadi ana. It just some of my opinion. Just look on the positive side
1- Terima insan di sekeliling kita seadanya mrka dn jgn cuba meminta lebih. Setiap manusia ada kelebihan dn kekurangan msg2. Kita x kan prnah menemuinya andai kesempurnaan yg dicari.
2- Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
3- Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
4- Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..
5- Cinta dan kasih sayang manusia hanya setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah..sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki
6- Seek First to Understand, Then To Be Understood..
7- Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
8- Kepercayaan itu perlu ttp berwaspadalah krn kadangkala insan yg kita percayai juga boleh menikam dr belakang dan percayalah ia akan lebih sakit krna dikhianati oleh org yg dipercayai
9- Tak salah nk jadi kaya atau nk cari harta tp biarlah kena pd cara dan jalannya serta dibelanjakan ke arah kebaikan,, yg paling penting ia digunakan utk kebaikan ummah serta jgn mnjd org yg lupa daratan dan keluarkanlah zakat serta bersedekah utk mndpt keberkatannya.
10- Dan yg paling penting, banyakkanlah bersabar krna hidup ini penuh dgn ranjau yg berduri. Hanya kesabaran dn ketabahan yg dpt mengharunginya. Ikhlas, tabah serta sabar...kunci kejayaan insan.

Monday, November 29, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah setelah sekian lama rasanya ana tak mengupdate blog ni akhirnya pd hari ni dpt gak ana luangkan sdkt masa tk mengemaskan blog ana yg semakin bersarang ni..apa kabar sahabat2 ku semua..harap2 sumenya sihat2 belaka. Rindu yg teramat sgt tk sume kawan2 dr sek dulu smpaila skrg dah blajar kt ipis ni.rasa cam nk buat reunion pulak tp tu la sume ada commitment msg2 so nk cari satu masa tk buat perjumpaan bkn senang tambah2 lg yg blajar kt overseas...lagi jauh diorg...pepon InsyaAllah rasanya klo x dpt jumpa lam masa terdekat ni t kwn2 dh kawen boley la kot pegi..hihi jgn lupa jemput ye. Anyway,,ana rasa seronok sgt coz skrg berada di kg halaman yg tercinta.x dpt digambarkn dgn perkataan gumbiranya ati bila dpt menjejak bumi perlis yg tercinta ni.w/pon mngkin x semoden atau semaju negeri2 lain tp...tu la kn mcm kata pepatah dulu2 hujan emas di negeri org hujan batu di negeri sndr, lebey baik hujan batu di negeri sndr. Pegi la mana pun tp ana mst akan rindu nk blk tempat ana sndr. Lagi satu masakan ibu...mmg sedap sgt, tu yg menambahkan lagi rasa rindu nk blk kg, betul la kata org tua2 air tangan ibu tu penuh dgn kasih syg sampai kta pegi mana2 pun mst ingat mak kita. Betol kan?? Hehe bila dh dok kt umah ni tetiba rindu la pulak kt suasana maktab...tp t dh abis cuti mst asa cam x nak blk je mktb tu.haila pelik tol an ana ni. sbrnya ddk kt umah ni ja dh bnyk memberi ana pengalaman yg x ternilai harganya. Melihat sesuatu dr perspektif yg berbeza..mngkin agak pelik bunyinya tp Alhamdulillah Allah sering memberi ana peluang utk melihat segala sesuatu bkn hanya yg tersurat ttp juga yg tersirat. Betapa hdp ni kdg x terduga dek fikiran kita manusia biasa..betapa rencana Allah tu SubhanaAllah...hebat dn x terjangkau oleh akal kita. Hidup kita ni x selalunya indah dn x selalunya bahgia..tp bg ana setiap saat tu sgt berharga dn brmakna klo kta gunakn masa tu tk bnda2 yg btol...brsama kluarga misalnya, lebig pnting dr segalanya. Ok la...ana nk msk pulak ni,t ana smbung lg ye
Assalamualaikum..

Wednesday, November 10, 2010

Alhamdulillah…ana sudah selesai menjawab paper ketiga ptg nie. Alhamdulillah juga sbb dapat menjawab sume soalan walaupon x tau jawapan tu betul ke tak. pasni kena brsedia tk paper last pulak..PI 2. Haa tp sblom tu ana ader satu video yg ana nk kongsi ngan anda sume. Video ni ana dpt dr seorg rakan dn bg ana ia sgt menyentuh hati dn menginsafkn dr ini ( exam2 pn sempat g tgk video?? Ish ish) . ana asa rugi pulak klo x kongsi ngan rakan2 sume,, gpon video ni bgs jgk tk sesiapa yg sedang bercinta atau nk bercinta.ahh cinta lg,,,mst sume boring kn blog ana ni asyik2 citer sal cinta jer…xder topic laen g ke nk citer?? Opss!!! Tnggu kejap, ana bkn nk menggalakkan anda sume brcinta tp sekadar satu perkongsian ilmu yg ada pd ana dn juga ilmu yg ana kutip melalui pengalaman hidup( cam org dh kawen jer) . yela skrg ni kan remaja kta bnyk yg terjebak ngan cinta yg ntah pape. So, ana asa mngkin diorg ni x sedar apa itu istilah cinta menurut Islam, apa yg diorg tau diorg dh suka sumone tu n then diorg nk couple,that’s all dn ana sbnrnya cuba tk menepis tanggapan tersebut bhwa x salah sbnrnya nk brcinta tp biarlah mengikut lunas-lunas dn syariat Islam yg telah ditetapkn. Cinta pd pndngan mata remaja kta ari ni lebih trtumpu kpd cinta nafsu yg bley membawa kpd zina. So, dgn kesedarn itulah ana sbnrnya meletakkan artikel2 yg berkenaan tk memberi panduan kpd kta sume tntg tatcara cinta yg sbnrnya .Sbnrnya ia juga sbg satu panduan buat ana yg kdg kala tersilap langkah dlm mengatur hdp ini. Apa yg ana harapkn biarlah kta sume mndpt mnfaat dr apa yg dipaparkn di blog ni. tgklah…mdh mdhn bermanfaat dn bley mnjd peringatan buat dr kta ni manusia yg penuh dgn kealpaan dn kelalaian.
Peace no war =)




Alhamdulillah..setelah lama ana x mmbukak blog ni akhirnya hari ni ana berkesempatan utk mencoret serba sedikit perasaan ana setelah lama x bersua dgn rakan2 semua. Rasa rindu plak nk bjmpa dn brkumpul ramai2 mcm dulu. Almaklumlah skrg kan tgh exam so mmg x der kls la skrg.keja duk blk je la semua ngah brdebar menantikan last paper tk sem ni. Ptg ni pun spatotnya ana ader paper nk jawb…P1 1 tp ntahla asa cam nk menulis je arini.hehe,, rilek kan?? kwn2 ana pon slalu gak ckp cam tu tp ntah ler asanya ana mmg mcm ni kot…tenang,, Alhamdulillah. tp, dlm hati hanya Tuhan yg tahu. Skrg x brdebar lg tp tnggu la nnt dh msk dewan exam baru asa. Hehe.pepon ana doakn tk sume yg nk amek exam moga Berjaya dgn cemerlang. Sblom nk msk dewan exam tu…mulakan dgn Basmalah pastu dh ddk baca la doa2 yg sesuai…bila dh dpt paper dn bila nk mnjawab…jgn lupa mulakan dgn basmalah gak. Last sekali bila nk antar paper tu bacalah doa Bismillah hi tawakkal tu ‘ala Allah. Mudah mudahan membawa berkat dan Allah akan beri pertolongan pd kta. InsyaAllah, Bittaufiq wan Najah kpd sume =).

Monday, November 8, 2010

Peringatan untuk Wanita

Peringatan untuk Wanita

(Diambil dari sabda-sabda Rasulullah S.A.W)

1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.
2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".
4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.
6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.
7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."
8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.
9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.
10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.
12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).
13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).
14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.
15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.
16. Ibnu Umar berkata: Telah datang seorang kepada Rasulullah S.A.W lalu bertanya: "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda: "Tunaikan hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar melainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke rumah."

TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Dari Ali bin Abi Talib: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah :
a- Orang yang gemuk tetapi kurus.
b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c- Orang yang alim tetapi jahil.

Orang yang gemuk tetapi kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi kurus ibadatnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

LARANGAN MELIHAT WANITA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

Wednesday, November 3, 2010

Saturday, October 30, 2010

KISAH BENAR PAKAI TUDUNG

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...

belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.